Bantuan Rawatan Qhairil dan Humairah

Sumbangan anda, senyuman mereka.


Kata orang, zaman kanak-kanak zaman paling indah. Banyak suka daripada duka. Namun, bagi adik Muhammad Qhairil dan adiknya Nur Umairah, zaman kanak-kanak yang dilalui tidak semanis kanak-kanak seusia mereka. Muhammad Qhairil yang mesra disapa Qhairil baru berusia 11 tahun dan adik bongsunya Umairah baru sahaja berumur setahun. Mereka berdua disahkan menghidap penyakit Deficiency of Adenosine Deaminase 2 (DADA2).


Adik Qhairil bukan sahaja menghidap penyakit DADA2 ini, malah turut disahkan menghidap hypogammaglobulinaemia. Adik Qhairil mula didiagnos dengan penyakit yang dihidapinya ini semasa berumur 9 tahun. Ketika itu, adik Qhairil secara tiba-tiba tidak boleh berjalan, mengalami penyusutan berat badan dan kehilangan selera makan. Adik Umairah pula mula didiagnos dengan penyakit yang sama ketika berusia enam bulan.



Penyakit DADA2 yang dihidapi oleh adik Qhairil dan Umairah ini merupakan penyakit genetik auto-inflammatory dimana pesakit menghidapi keradangan kronik yang disebabkan oleh penghasilan antibodi yang berlebihan yang mana boleh menyerang pelbagai organ dalam badan seseorang. Dalam kes adik Qhairil, radang tersebut telah menyerang sistem otak, saraf dan tulang sum-sumnya. Adik Qhairil juga perlu dimasukkan ke wad setiap bulan untuk emnerima infusi IVIG untuk menggantikan antibodi di dalam badan yang tidak dapat dihasilkan oleh tulang sum-sumnya. 


Kami dimaklumkan stok ubat adik Qhairil telah pun habis dan memerlukan stok ubat yang baharu. Keluarga adik Qhairil tidak mampu untuk menanggung kos perubatan adik Qhairil. Kos yang diperlukan sangat tinggi kerana adik Qhairil perlu mendapat rawatan dan bergantung kepada ubat sepanjang hayatnya.


Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan ingin mengajak anda semua menambah saham akhirat dengan menyumbang seikhlas yang boleh untuk menampung kos perubatan adik Qhairil.


Sumbangan anda sangat bermakna untuk secalit senyuman adik Qhairil, Umairah dan seluruh keluarga mereka. Semoga sumbangan ikhlas anda semua dapat memudahkan urusan adik Qhairil sekeluarga.


Semoga senyuman sentiasa terukir di bibir manis adik Qhairil dan Umairah :)


Sumbangan boleh disalurkan ke :


=========================

Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan

CIMB

8604197435

Ref :Infaqqhairil

=========================


Atau boleh membuat sumbangan




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Bantuan Rawatan Adik Qhairil
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN