Bina Semula Surau dan Madrasah

 PEMBINAAN SEMULA SURAU MADRASAH NURUL HIDAYAH


SUMBANGAN KECEMASAN:

MADRASAH NURUL HIDAYAH MEMERLUKAN SUMBANGAN UNTUK KEBAJIKAN DAN PEMBINAAN MADRASAH & SURAU



PELUANG UNTUK MENGUMPUL PAHALA SEBAGAI SAHAM AKHIRAT 

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

Amal jariah merupakan amalan yang terpuji di sisi Allah. Manusia yang paling beruntung adalah apabila dia berusaha melakukan amal jariah ketika di dunia dan pahalanya berkekalan sehingga akhirat kelak. 

Saudara dan saudari semua,

Marilah kita merancang bagaimana ingin mendapatkan saham pahala berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini.

Ayuh bersama-sama kami menghulurkan sumbangan bagi Dana Pembinaan Semula Surau Nurul Hidayah dan Madrasah Nurul Hidayah.

"Misi Kami Besar, Tapi Dana Kami Kurang”

Bagi menjayakan pembangunan dan kos operasi, pihak Surau dan Madrasah Nurul Hidayah memerlukan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM 100 Ribu.

Pihak Surau dan Madrasah Nurul Hidayah menyasarkan pembinaan semula bangunan ini dan dapat memberi keselesaan buat komuniti islam berhampiran dan pelajar di madrasah dalam satu-satu masa untuk mengikuti kelas pengajian kitab.

Sumbangan wakaf saudara dan saudari akan digunakan khas untuk pembinaan semula surau dan bangunan madrasah yang menempatkan bangunan ini sebagai tempat ibadat dan pusat pengajian, tandas dan tempat wuduk surau perempuan, surau lelaki di bahagian bawah bangunan dan pembinaan bilik guru

Kami amat berbesar hati sekiranya saudara saudari bermurah hati, membantu kami untuk pembangunan semula surau dan madrasah ini. 

Tanpa sumbangan saudara saudari, pembinaan semula yang dirancang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. 
InsyaAllah, setiap ayat yang dipelajari oleh pelajar-pelajar madrasah ini akan diraih pahalanya di akhirat kelak.

“Barang siapa meminjami Allah SWT dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” - Surah Al Baqarah, ayat 245

Doakan penerusan ibadat Dan kesatuan komuniti Islam di sini dapat dihidupkan semula. Hasil dari pulih semula Kompleks ini.



Salurkan sumbangan anda melalui:

Bank : CIMB ISLAMIC
Nama :  PERSATUAN CINTA TANPA SEMPADAN
No Akaun : 8604197435
Reference: SURAUMADRASAH 

Makluman:
  •  Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 011 5679 5081 Cik Siti
  •  Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta digunakan untuk kos pengurusan.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Bina Semula Surau dan Madrasah RM1000
Bina Semula Surau dan Madrasah RM500
Bina Semula Surau dan Madrasah RM300
Bina Semula Surau dan Madrasah RM100
Bina Semula Surau dan Madrasah RM50
Bina Semula Surau dan Madrasah RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN