
Puasa Dah Nak Dekat, Dah Bayar Fidyah?.jpg)
Apa yang
dimaksudkan dengan Fidyah?
Fidyah ialah bayaran yang
dikenakan bagi seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas
sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan
Ramadhan.
Hukum Membayar
Fidyah
Fidyah wajib
disempurnakan mengikut bilangan
hari yang ditinggalkan. Jika
tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ
شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud:
“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah
diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat
al-Tirmizi)
Semua orang ke perlu bayar Fidyah?
Fidyah dikenakan hanya ke atas golongan-tertentu. Antaranya:
Kadar Fidyah
Kadar Fidyah dikira berdasarkan
kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak.
Tetapi ianya berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah mengikut tempat.
Beras tersebut hendaklah diberi
makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan
sebagainya.
Pengiraan Fidyah
Formula Kiraan: [Bilangan Hari
Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7Hari x RM4.00 =
RM28.00
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari
Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7Hari x RM4.00) x 3
Tahun = RM84.
Cara Mudah Bayar Fidyah Anda Sekarang
Sebenarnya tak susah pun untuk
kita laksanakan fidyah. Bagi yang belum membayar fidyah, ayuh tunaikannya
bersama Cinta Tanpa Sempadan.
Setiap fidyah yang dibayar akan
disalurkan kepada projek Ramadhan MBCO untuk diberikan kepada fakir dan miskin
yang memerlukan.
Segerakan fidyah anda kerana
nilainya akan meningkat menjelang Ramadan tahun yang akan datang.