Bersedekah Kepada Anak Yatim
Anak yatim ialah kanak-kanak yang tidak
mempunyai bapa. Mereka termasuk dalam golongan yang memerlukan kerana telah
kehilangan ketua keluarga yang sepatutnya menyara kehidupan mereka. Maka
bersedekah kepada mereka adalah sangat diutamakan.
Islam sangat mengambil berat tentang
hal ehwal anak-anak yatim. Dari penjagaan mereka sehinggalah pada pengendalian
harta mereka jika mereka mempunyai harta, semuanya ada digariskan di dalam
al-Qur’an.
Kita diperintahkan untuk berlemah
lembut dan berbuat baik kepada mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah:
83)
Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di syurga bagi orang yang menjaga anak yatim.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Penjaga
anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah
seperti dua jari ini di dalam syurga.” Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan
dengan jari telunjuk dan jari hantu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sikap membantu orang yang kesusahan
ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Yahya bin Muaz seorang tokoh sufi
kurun ketiga pernah berpesan:
حبك الفقراء من أخلاق المرسلين ، وإيثارك مجالستهم من علامة الصالحين ، وفرارك من صحبتهم من علامة المنافقين
“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik.”
(Ittihaf Sadah al-Muttaqin)
Menghulurkan sedekah kepada mereka
adalah salah satu daripada perlakuan baik yang dimaksudkan itu. Sedekah yang
dihulurkan berupa wang ringgit atau barang-barang keperluan, bukan sahaja
mengurangkan bebanan mereka, bahkan dapat menimbulkan kebahagiaan di hati
mereka.
Membantu anak yatim terutama mereka yang hidup susah dan tidak mendapat penjaga yang sewajarnya inilah yang dimaksudkan sebagai ﺗﻌﺎﻭﻥ (bantu-membantu atau tolong menolong) yang dituntut oleh Islam. Oleh yang demikian, usaha berbagai-bagai pihak untuk mengumpulkan dana bagi anak-anak yatim bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.
JENIS-JENIS
BANTUAN YANG DIJALANKAN :
>
Bantuan Pakaian Sekolah
> Bantuan Pakaian Sekolah, Raya dan Harian
> Bantuan Pembelajaran
> Bantuan Alat Tulis dan Bantu Belajar
> Bantuan Peralatan Dapur
> Bantuan Keperluan Harian
> Bantuan Makanan
dan sebagainya..
Hadiah
dan Infaq dari anda semua, memberi
sinar senyuman dan keringanan mereka
dalam meneruskan kehidupan mereka..
*** Memberi manfaat kepada hampir 100++ penerima asnaf
ALLAH SANGAT CINTA HAMBANYA YANG SUKA BERSEDEKAH / BERINFAQ
Firman Allah SWT:
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 265)
Semoga Allah SWT
menjadikan kita dari kalangan mereka lebih cintakan kehidupan akhirat, serta
menjadikan kita dari kalangan mereka yang sentiasa bersemangat untuk melakukan
infaq dan mengeluarkan sedekah jariah yang akhirnya dapat menyumbang kepada
penjanaan ekonomi ummah dalam skala yang besar. Amin.
Sumbangan boleh disalurkan ke :
=========================
Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan
CIMB
8604197435
Ref :InfaqAnakYatim
=========================
Atau boleh membuat sumbangan